Mengapa anda perlu membeli di Anep Enterprise???
Perniagaan berdaftar dengan SSM bernombor 002099558-P
Jimat masa. Tidak perlu ke kedai.
Jimat petrol kenderaan. Hanya tunggu di rumah.
Jimat tenaga. Boleh buat kerja lain sementara menunggu.
Jimat wang. Tiada kos petrol. Tiada cukai/GST. Tiada kos tersembunyi.
Barang sampai terus ke pintu rumah anda.
Kualiti terjamin. Puas hati membeli.
100% IMP (Islamic Manufacturing Practice). Halal dan tanpa was-was.
Dibuka 24 Jam, setiap hari selagi ada rangkaian internet.
Mesra pelanggan.

Iklan Utama [RM1 / hari]
anep-enterprise

Saturday

Mukadimah

Anep Enterprise merupakan kedai atas talian yang mengedar dan menjual produk makanan dan pakaian. Produk makanan yang kami jual adalah seperti kerepek, keropok dan makanan kesihatan. Manakala pakaian terdiri dari kain pasang, kain songket terengganu dan tudung.

Anep Enterprise pada mulanya hanyalah menjual keropok ikan terengganu secara kecil-kecilan di pejabat pada tahun 2008. Kemudian pada tahun 2009, Anep Enterprise mula menjual kerepek-kerepek di pejabat. Seterusnya Anep Enterprise mengorak langkah dengan menjual dan mengedar kerepek dan keropok secara 'online' atau dalam dunia siber. Pada pertengahan tahun 2009, secara rasminya anep-enterprise.blogspot.com menjadi laman web utama Anep Enterprise. Dalam masa yang sama, pengasas Anep Enterprise berjaya membina sendiri sistem kira-kira berkomputer untuk memudahkan pengurusan perniagaan Anep Enterprise. Pada penghujung tahun 2009, Anep Enterprise mengukuhkan lagi perniagaan di internet dengan menjual dan mengedar produk kesihatan seperti Smart Coco A+ dan Jus Al-Khaira. Di samping produk-produk utama, Anep Enterprise juga menjual kain pasang dan kain songket secara sampingan.

Bermula dengan berniaga secara suka-suka dan kecil-kecilan, Anep Enterprise telah mulai serius dalam perniagaan setelah didaftarkan di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) pada awal tahun 2012. Dari detik itu, Anep Enterprise telah menambah produk jualan dengan menjadikan produk Fortune Resources sebagai produk jualan utama. Produk tambahan tersebut adalah seperti Losyen Herba Manja, Smart Sweet A+, Susu Kambing Goat A+ dan Kopi Barli Munawwarah A+.


home